Belakang parang kalau diasah lagikan tajam

Haii rakan-rakan blogger semua, saya baru saja berkesempatan nak masukkan entry kat sini. aduhaiii ZAZ sibuk betul sejak akhir-akhir ni. Dengan tugas hakiki nya dan juga tugas-tugas sampingan ZAZ rasa macam tak cukup kaki dan tangan. Kalau sibuk di pejabat takpe jugak, sekurang-kurangnya masih ada masa di rumah untuk lakukan tugas-tugas lain. Yang geramnya bila tugas tu melibatkan masa cuti dan kena pulak bertugas di luar kawasan dalam tempoh yang lama. Hmmm...mmg letih tapi apa nak buat, periuk nasi dan sumber mencari rezeki kena fikir juga. Menolak bererti membangkang arahan agensi so tak berkat pulak nanti.

Oklah...cukuplah bercerita tentang kesibukan tugas di pejabat ye. Dalam sibuk-sibuk menunaikan tanggungjawab pada agama, bangsa dan negera (chewahhh!!!), sempat jugak akak berkarya dek nonnn!!! Mempraktikkan ilmu yang ada dan nak menajamkan kemahiran yang dimiliki. Terima kasih banyak pada Kak Jun kerana mencurahkan ilmu tanpa jemu dan tak lokek berkongsi tips. Insyallah kalau ada kesempatan lagi nak pergi berguru dengan Kak Jun.







Comments

Popular Posts