Kek Untuk si Ahli Bina Badan


Kek ni saya buatkan untuk kawan incik suami...nama dia ucong. Dia nak kek chocolate moist...deko semua guna coklat tak mo cream2 tu semua. So...saya bake kan sebiji kek chocolate moist kukus, saya layered dengan ganache dan saya cover gak dengan ganache. Kebetulan ada fresh strawberries so saya pun add on jek atas kek tu nak bagi nampak seri sikit kan. Yang putih tu adalah fresh krim k bukan buttercream. Hmm..sebab si ucong ni kemain lagi pesanannye nak kek yang kaya dengan cekelat so saya pun hiris lah cekelat tabur kat tengah2 tuh..hah memang kaya dengan cekelat...sesuaiii dengan permintaan ucong. Sebenarnya kawan suami saya ni memang sedang dalam proses membina badan. Bulan ni dia kena naikkan berat so dalam seminggu dia akan habiskan dalam 3- biji kek, plus pizza etc. Tapi bulan depan dia xleh sentuh langsung makanan yang manis2 nih dok telan herba jek...nasiblah weii, kata nak bina badan berketoi-ketoi....tahan ajelah dengan mcm2 peratoran makan tu. kang kalau tak ikut, membina badan yang lain plak, tak jadik berketoi tapi jadik bergumpal (lemak di sana sini..heheheh)

Malam tu ucong sms:
"TQ, kek ni memang mantop, memang selera aku lah ni"


Comments

Popular Posts