PRORESS WISMA ZAS BAKERY

Aduihhh...penatnye hari ni. Macam-macam agenda yang terpaksa diselesaikan. Keluar rumah lebih kurang jam 9.30, singgah breakfast roti canai then off to delivery donuts. After that berkejar ke kedai pulak sebab hari ni CKE nak hantar a few kelengkapan. diaorg pulak terpaksa rush sebab kebetulan malam ni depa nak buat annual dinner kat mid valley. Sampai kat kedai...lahhh mana plak budak2 kontrak ni pi, grill dikunci dari luar. Kunci plak kat mr husband haiyaaaaa...melangut la tunggu budak2 ni, katanye gi isi minyak motor. pulak dah. Nun dari kejauhan saya nampak lori besaq giler dok benti kat depan tu. Wahhh...orang kampung pun dok tolong sama..tolong tengok aje lah!Sebenanrnya barang saya sikit aje, penuh dengan barang lain gamaknye..

Dalam 5-10 minit sampailah budak2 nih. Bukak grill..sambil2 tu anak buah saya mengayat drebar lori mtk tolong amik barang lagi kat umah. Tak larat kami nak angkut sebab beratt..dapat dia angkat 2-3 barang pun kira oklah tu. Payah gak nak ngayat depa ni...last2 dia setuju upah 80 hengget. Ok deal!!! Ha...depa tolong la angkut proofer dengan oven. Hmm yang lain dok tinggal la kat rumah lagi sebab lori tak muat. Aduhaii...camno ni??? Poning palo den ni haa...Apapun ni ada sedikit update gambo-gambo yang saya dapat semalam. Hmm..hati dah duk dak duk dak selagi tak siap sepenuhnya. Ntah bila laaa dapat rasmikan agaknye.





Comments

Post a Comment

Popular Posts