Bebola Maggi Berkeju

Menu ni memanglah kurang sihat sebab guna megi, tapi kalu sekali sekala takpe kan? Makan apa pun ekceli jangan berlebihan, kesannya tak elok untuk tubuh badan. Menu ni terhasil sebab dok mengemas almari stok makanan, jumpa pula megi beli beberapa bulan lepas. Nak makan macam biasa rasa bosan pulak, so saya edit la sikit ikut suka. Kebetulan ada pula keju mozarella dalam fridge, maka terhasillah BEBOLA MAGGI BERKEJU. Nak buat senang je, just follow step di pics kat bawah.


RESEPINYA:
Maggi tak kisah baper bungkus (sy guna megi kari)
Daun bawang
Bawang goreng kalau suka (sy guna bwg dadu je)
Lada sulah dan cili if nk pedas
Keju mozzarela

CARA-CARA:
Rebus je megi smpai lembut. Boleh gunakan serbuk perasa sedia ada or kalau xmo guna just tambah sedikit garam, lada sulah dan lada itam. Tapi sbb sy tak baper rajin, sy guna serbukerasa tu, sikitttt je. Dan gaulkan bersama bahan lain mcm kita buat bergedel. Leperkan di tapak tangan dan isi inti keju. Golekkan pada bread crumb dan goreng dlm api sederhana panas. Kalau rasa megi tu x cukup lembab, boleh golek kat telur dulu sebelum salut dgn crumb.


bahan yang digunakan, ni xde persturan. Ikut sukalah nk buh apa

kasik rebus sampai lembut

campur dgn serbuk perasa kalau nak

Tambah bahan lain dan gaul sebati

Leperkan kat tapak tgn (alas plastik) dan buh inti

dah macam pau goreng pun ada, hihi

bedakkan dia dengan bread crumb, lawo sikit kan

taraaaaa, mamam panas panas syiok. Tapiii hati-hati dgn keju larva gunung merapi tu. Silap teknik boley lecur lidah

Comments

Popular Posts