Travelog ke Kashmir Siri 1


Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izinNya jua dpt saya menjejak kaki ke bumi Kashmir yang serba indah. Berkelana selama hampir 10 hari membawa pelbagai pengalaman menarik di sepanjang perjalanan. Sebenanrnya niat utk ke Kashmir timbul bila media mula memviralkan keindahan pemandangan di sekitar Kashmir, dgn lanskap bergunung ganang..saya fikir pasti percutian says kali ni lebih bermakna. Saya buat keputusan last minute utk ke sana, memandangkan kos yang diperlukan pun tak mahal jadi sy terus enroll. Menariknya, sy bercuti bersama kaki travel juga, dan kami gunakan sistem kutu travel (yg ni saya explain later ye). Pendek kata kalau kita nak sesuatu, kene lah usaha betul2 ye tak?

Tapi yang penting sebelum nak bercuti, kene ambil tahu juga serba sedikit tentang tempat yang dituju. Dan yang maha penting sebelum semua tu korang kene sediakan dulu segala travel document yang diperlukan. Contohnya nak ke India ni kita perlukan Visa so visa pulak perlu ready at least sebulan sblm pergi. Utk buat visa, korang perlu ada flight itinerary ye (tp sy terjumpa seorang mamat tabligh ni dia kata dia xde itinerary, dia fake kan je utk visa..bab ni saya x jamin lah ok). Bila saya tanya kenapa, dia jawab rugi nanti kalau visa tak lulus x boleh pergi. Hehe..ntahla sy pun x tau sbb sy punye proses visa senang je xde problem klu ikut betul2 prosedur depa.

Apa dokumen korang perlu bawak untuk apply visa?
1. Passport ori dan copy
2. Flight itenerary (depa nak tgk korang masuk dan kluar dr India)
3. Gambar visa latar belakang putih 2kpg (bitau je kat kedai gambar, senang)
4. Application form (isi online je dan print siap)



Ni sampel dokumen korang bawak ye. Yg tulisan biru tu address visa cntre


Senang je kan? Korang gugel je online india visa application, satgi kluar la link dia. Isi betul2 tau sbb kesilapan pada 1st name dgn surname tu akan menyebabkan permohonan visa korang diREJECT. Kalau reject, korang blh je minta depa isikan kat sana tapi kene bayar la sikit, kalau x silap RM20-RM30 (membazir la bagi sy nak byr sbb form tu ada 2page je pun). Yg ni nak crite, mamat tadi tu kata dia dah isi 3x kene REJECT hehe. Adoiii. Kene ingat ada kat part surname tu sila tulis binti dan nama bapak korang kat situ. Contoh mcm saya kat surname sy isi BINTI AB WAHAB

Tak lah susah mana, cuma dinasihatkan dtg awal pagi sbb orang ramai giler. Masa saya gi haritu asben teman so dia turunkan saya dan cari parking sbb Wisma straits tu kawasan crowded ok. Nak mudah, naik je tren turun kat stesen MASJID JAME'....pastu jalan la sikit buang lemak, exercise praktis nak turun naik gunung kat Kashmir kennn. Kat KL mmg situ je lah tempat buat visa India. Saya ritu gigih speaking masa nk buat visa, terlupa lak kita kan masih di Malaysia..haha. Poyos betullah and i feel jelita giler duduk dalam tu wehh...sbb rata2 orang depa kot nak balik negeri. Waktu collection ialah sebelah petang dan besenya 3 hari slps permohonan submit. Bayaran RM190 camtu lah, tp org tu bgtahu cas ICWF tu akan naik, skrg cuma 8 hengget je. So korang ready ler duit dlm 200++ kot borang korang kene reject ke kan. utk collect visa tu sapa 2 pun dibenarkan ambil asalkan bawak je resit yg diberi. Ritu asben tolong ambilkan sbb saya kerja full disaat2 akhir sblm nak cuti. Sy collect lewat gak rasanya lps 2 minggu kot.

Haaa bila visa korang dah setel, ini jam baru boleh berangan nak ke Kashmir. Selagi tak setel, jangan mimpi indah sangat. Satu lagi benda penting yg wajib korang buat everytime nak travel ialah INSURAN. Takyah pening, apply je online. Byk insurance provider ada, korang pilih je mana best ikut bajet dan offer diaorg tu. Tapi so far ramai kawan hiking inform the best insurance is AIG sbb respon diaorg super pantas kalau apa2 jadi kat obersea. Jgn sesekali x amik insuran sbb kot korang sakit kat luar negara sapa nak bayo? Alah x mahal pun, x smpai RM50 pun ada, baca polisi dia betui2 sebelum pilih. Kalau pi negara yg mahal, bayar la mahal sikit mcm europe tu kan. Kot korang warded kalu, jenuh oooo nak bayar pound! Kalau x de paper berlaku, alhamdulillah...

Kami amik penerbangan malam dr Malaysia ke New Delhi dgn AA. Masa perjalanan dlm 6jam. Ritu rege tiket return lbh kurang RM900++. Kita perlu transit di New Delhi dan ambil satu lagi penerbangan ke Srinagar. Dari Delhi ke Srinagar dalam 2 jam lebih so total korang terperap dlm flight dlm 8 jam lebeyyyy. Dinasihatkan.amik prebook meal siap2 atau korang akan cium bau je tgk org makan. Boringnya perjalanan ..blum kira lagi jadi gelandangan kat airport Delhi yang bosan takde wifi free tu, stressed sgt! Memang penat tahap cipan, muka pun sememeh x tau nak habaq. Xde selera nak amik pic hahaha (tapi amik gak sebenarnya!kihkih). Kat Delhi ni airport dia kan once u enter, u cannot walk out from d building. Haaaa ko bayangkan lah...ada insiden berlaku kat geng travel kitaorg time ni, jenuh oooo kami nak carik dia. Nanti saya story dalam next entry. Apapun nak cakap....tak rugi korang gi Kashmir. Cantik wooooo....bagi orang yg kos bajet2 mcm saya ni cukuplah ke Kashmir sbb tak mampu ke Swiss. 


Gelandangan di Delhi, kesian tak??

Baru sampai di KLIA2 ni, posing sat.


Sbb AA bisnes minded terpaksa la saya beli Nacho ni, ehh tp sedapppp ahaha.
Muka heppi naik buggy kat KLIA2, letih oo nak jalan.

Dear AA, mekasih ye bawak kita ke Kashmir dengan selamat pergi dan pulang. Pilot hebat, smooth landing!




 
Takpe, untuk menambah keterujaan  dan keghairahan korang ke Kashmir, nah saya belanja satuuu pic lawo ni. Xde edit ler, memang gitu la kaler airnya.

Comments

Post a Comment

Popular Posts