Travelog ke Kashmir Siri 2

Ok harap2 korang dah baca travelog siri 1 sebelum ni. Nak story sikit psl insiden yang berlaku di airport Delhi. Ok ekceli grup kami ada 22org semua skali termasuk bbrp orang otai (depa ni pesara tapi suka travel). Nak dijadikan cerita lepas je bersoal jawab dgn imigresen di Delhi (kami smpai lbh kurang jam 2 or 3 pagi waktu Malaysia). Waktu India 2 stgh jam lewat iaitu lebih kurang pukul 11 kot masa tu saya x brape ingat sbbnya flight kami delay dari KL gara-gara menunggu penumpang dr flight lain yang blm sampai. Jadinya kami tiba lewat sikit dr time asal, ok gak so x lama sgt kami jadi gelandangan di airport. Sbb flight ke Srinagar jam 7lebih...perghhh lama kot menunggu. Orait dipendek cerita, pakcik yang kami panggil Pak Mat ni keluar jap gi smoking kat luar building sbb di sana dlm bangunan adalah restricted area utk perokok. Kami yg beberapa org terus naik ke nahagian departure hall kat tingkat atas. Kat India ni byk oo scan sana scan sini, letih kita dibuatnya. Jd disebabkan mata masing2 dah mcm panda, otak letih kami plan nak cari port landing. Lambat agi kot nak tunggu pagi.



Walau penat, perkara pertama WAJIB swafoto. Ni kawan2 travel saya (Omey, Jun dan K.Nora)

Bila kitaorg sampai atas, we all carik la kusi ke mana2 nak menenggek. Dah la xde wifi, blh bygkn tak tahap bosan dia lagu mana? Nak beli simcard pun x baloi sbb kat Delhi dgn Kashmir x blh guna wehh simcard yg sama. Pelik kan??? X pape punye sistem saya pun tak paham. so alternatifnya korang roaming cuma sedialah nak membayo. Klu xnak roaming xpe sbb kat hotel ada je wifi. Maknanya waktu siang korang enjoy betul2 the sightseeing ok. Tetiba Pak Mat terpacul depan kitaorg, dia kalut dok cari isteri dia. Kami terpinga2 lah sbb we all dh naik awal and kami expect sure team Kak Gee (wife Pak Mat) tgh tunggu kat bawah. Kitaorg pun take turn lah tlg carik balik lif yg kami naik sblmnya tapi alamak pelik x jumpaaaa. X taulah maybe sbb pestime dtg and kita pun mamai jd mmg x jumpa. Saya siap bawak  Pak Mat kat info kaunter mntak tlg nak turun tapi diaorg tak benarkan. Dia kata rules once u enter u cannot walk out from d bulding. Weiii gila lahhh. Pi mai pi mai kami ke hulu hilir, last2 sbb dah ngantuk sgt dan rasa wenggg, kami surrender. Kami ckp kat Pak Mat xpe sure nnt wife dia akan naik gak sini sbb nak checkin. Tapi yelah dia mana nak senang ati, kita bkn kat Malaysia kottt ni. Finally kami berempt (kecuali Pak Mat) jumpa port landing belakang kaunter apa tah. Maka bergelandanganlah kami di situ. Sedar2 ada suara kejutkan bangun nak checkin. And kitaorg tgk legaaa wife Pak Mat dah ada depan mata. Alhamdulillah. Sepanjang hari tu memang topik Pak Mat hilang jadi bualan sepanjang jalan.

Hihi...inilah Pak Mat dan kak Gee. Couple sporting yang join travel dgn kami


Kami solat di airport je, mana2 yang rasa sesuai. Time ni belum tahu ada musolla kat airport. Syukur AA ke Srinagar x delay, flight on time. Dalam 2 jam juga perjalanan ye, akhirnya kami pun tiba dengan selamatnya di airport Srinagar. Masa pergi saya x beli luggage, hanya bawa kabin bag je. Memang sempoi, dlm tu sy sumbat segala biskut, cekelat, potato chips, gula2, 3in 1, megi etc. Baju tee cuma 4 helai plus la korang punya kecik2 tu. Jaket 2 helai, satu sumbat dlm bag ser lagi pakai dlm flight. Jeans pun sama 2 helai. Sy bawak extra kasut boot ke sana. Yg penting not more thn 7kilos. Sy ritu dh 7.8kilos tp adik yg jaga gate tu lpskan je sbb beg kosong pun dh berat sekilo kan. Cuma lately AA strict, makesure size kabin bag tu ikut prosedur, and blh bwk bagpack satu. Inshaa allah cukup je baju don worry.


Allahu, dr dalam flight dah disajikan dengan pemandangan mcm ni. Rasa tak sabar nak landing.

Sesampai di Srinagar, kami kene isi declaration form (mcm arrival form lah). Hishh punye byk dia punye soalan, rasa nak jawab exam lak. Diaorg check satu2, bila dah lepas yg ni kira selamat. Keluar je dari airport, waaaaaa sejukkkkkkk haha. Travel agen kat sana udah tunggu bawa kami ke van dan diaorg tlg bawakkan bag2 sumer. Untuk misi hari pertama we all akan overnight di houseboat dallake. Yg ni korang kene take note, kt kashmir byk org offer houseboat tapi makesure amik yg di Dal Lake ye sbb kalau kat Jhelum or DilLake pemandangan x baper menarik. The worst kat Jhelum, rasa mcm duk boat kat Sg Kelang cuma xdak sampah hehehe. Sumpah x best!!!!

Sesampai di Dal Lake kene menyeberang tasik utk smpai ke Houseboat, xpe la klu x reti berenang pun sbb depa tlg bawak korang naik shikara (perahu). Sekali dgn bag2 naik shikara ye. Mostly yg bwk shikara ni tua2 je saya tgk, sian gak kan. Dlm hati doa mudah2an depa murah rezeki, sbb diaorg ni Muslim. X jauh sgt lah nak pi boat tapi if berenang boleh tertanggal lengan gak kot hehe. Perggg view dia masyaa allah sukar nak digambarkan dgn kata2. Atau saya yang jakun pestime tgk tempat org. Ada byk kedai atas lake ni, bila2 boleh singgah. Ada kedai leather, kedai brg runcit, baju dll. Mcm2 la penjual dok himpit kat boat masa ni, tapi kita tghnletih manade mood nak melayan. So ada lah si penjual biji benih dok hadiahkan kami bunga2 hidup. Memang cantik sbb bunga dia besar dan kelopak tebal. Dalam 15-20minit camtu kami sampai kat boathouse, santekkkl sgt. Sama je amenities dia mcm hotel tau, kami dpt boathouse SHAHNAZ namanya, ada 3 bilik dan 2 org sebilik. Lengkap dgn kitchen, dining hall dan living hall. Toilet dlm every room complete with bath tub n heater, so x risau le nak mandi pagi2 sejuk oiiiiiii. Haha. Sy klu gi mana2 wajib tgk toilet dulu, bilik tu jatuh nombor dua. View memang superb! Korang kene pergi kalau nk tgk camne superb nya tu.




Kedai berderet atas air ni, jemput singgh bila2 masa. Harga patut klu hebat bargain


Macam2 la diaorang jual kat sini, pilih je mana satu yang berkenan. India pun salah satu negara yg produce brg kulit berkualiti. So if ni jenis leather hunter, sila beli. Jaket lawa2 and cheap oso


Pakej kami pi ni dh termasuk semua transport, penginapanan, airport transfer, makan/minum complete. Cuma aktivi add on je kitaorg kutip duit kemudian sbbnya ada certain aktiviti yg sesetgh org x join pun...apalagi, badan dh penat kita pun lelap! Kasi can la kejap cas beteri. Sambil tu cook sediakan bekpes utk kami, omelet dgn buah2an and special drink yang dipanggil KAHWA. Rasa teh ni special, berherba tapi sedap. Nescafe pun ada, susu pun ada tapi susu dia bkn dlm kotak tau. Segar dari ladang hahaha....aduii yg ni sy x mampu nk minum. Sy bancuh dgn nescafe pekat2 utk bagi mild je rasa ke'susu'annya tu. X reti nak describe lagu mana, tapi tekak saya x boleh terima. Pas makan, kami berposing setiap sudut dan zzzzzzzzz (x lena pun sbnrnya, masih jetlag). Tapi kene rest bcoz nnt nk keluar aktiviti ...



Kami dpt mungeeee free, haha. Riding d shikara utk ke boathouse


Alhamdulillah sampai dah


Sempat lagi kasik snap dulu


Cantiknya rumah boat ni kan....


Ada wifi, so jgn risau hehe


Tiba jugs kami d airport Srinagar


Comments

Popular Posts